Friday, March 13, 2009

Feedback fr0m KLK

NAMA PROGRAM: SEHARI BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG TITI KERBAU
TARIKH : 14 FEB 09
PASUKAN : PERSATUAN PEMBANGUNAN WANITA
GROUP :B
PENSYARAH : PN NORLIZA JUMALI
PENGERUSI : CIK IKA
N.PENGERUSI : CIK FARAH
ULASAN : MENARIK, BEST, ENJOY, CUMA PUBLISITI PERLU DIPERBAIKI BAGI
MENARIK LEBIH RAMAI PENDUDUK KAMPUNG MENYERTAI
PROGRAM YANG DIANJURKAN.

ketaksamaan gender

Ketaksamaan gender ialah perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan. Di dunia ini ketaksamaan gender akan berlaku di mana-mana selagi tempat itu wujudnya populasi lelaki dan perempuan. Jika di Malaysia, keadaan yang sama turut berlaku. Contoh dari segi pekerjaan, megikut kajian graduan wanita peringkat ijazah pertama adalah tinggi dalam bidang kemanusiaan. ekonomi, perniagaan dan pengurusan berbanding lelaki yang masih mendominasi bidang kejuruteraan dan senibina.Dari segi taburan pekerjaan pula wanita masih bertumpu dalam kerja-kerja dalam syarikat berbanding lelaki yang lebih suka kerja luar syarikat. Maka ketaksamaan gender wujud oleh sebab ciri dan sikap gender tersebut.

Pendapatan Sampingan. Relevan atau tidak?

Pendapatan sampingan ialah satu pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang untuk dapatkan pendapatan tambahan. Dalam dunia yang serba canggih ini keperluan manusia sentiasa melebihi kehendak. Maka, wujudlah istilah side income bagi menambah pendapatan. Pendapatan sampingan mungkin kerja ringan saperti menjadi cahsier, menjaga butik atau menjaga anak jiran sewaktu dia pergi kursus di mana seseorang harus bekerja.Namun apa yang berlaku di Malaysia di mana side income tidak perlu bekerja. Inilah yang dinamakan Multi Level Marketing (MLM).Satu ketika dulu hampir 1/4 rakyat Malaysia menyertai pembelian saham internet yang menggunakan sistem MLM. Seperti Forex,Abfund dan Empay Sistem ini pernah menarik perhatian mufti-mufti Malaysia yang akhirnya mengeluarkan fatwa bahawa saham internet adalah haram di sisi Islam.Hal ini adalah kerana, duit yang dilaburkan itu tidak diketahui kebenarannya dilaburkan di mana. Namun, MLM masih diteruskan di Malaysia dan digunapakai oleh banyak syarikat-syarikat kecil di Malaysia seperti kosmetik. Contoh, produk LeRose dan produk kesihatan Uptrend. Benar MLM akan memberi keuntungan yang besar kepada ahlinya. Namun, memerlukan komitemen yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi ingin mempromosi dan meyakinkan orang lain menyertai perniagaan ini. Oleh itu, jika seseorang itu mempunyai komitmen yang sedia ada seperti pelajar, tidak sesuai baginya untuk menyertai perniagaan ini memandangkan dia mempunyai tanggungjawab lebih berat iaitu belajar. Maka, relevan atau tidak ianya bergantung pada individu dan situasi semasanya.

Cinta Dan Kasih Sayang


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatka Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan


Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?


Sunday, January 25, 2009

TAWARAN ISTEMEWA TERHAD! JANGAN KETINGGALAN